TYPE THE CODE HERE

T&C FOR DROPSHIP AGENT

HARGA
  1. Harga tertera termasuk kos pos (Semenanjung Malaysia sahaja).
  2. Ejen perlu/boleh meletakkan harga sendiri berdasarkan kadar keuntungan yang dikehendaki.
PROMOSI
  1. Ejen boleh menggunakan gambar koleksi dalam laman Facebook/Blog Butik Surfina untuk tujuan promosi.
  2. Promosi boleh dilakukan menggunakan apa sahaja medium online yang dikira sesuai seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, Mudah.my dll.
  3. Ejen dilarang sama sekali untuk melakukan promosi jualan secara SPAM atau apa sahaja bentuk promosi yang melanggar etika sosial di laman sesawang.
CIRI ITEM DAN STOK
  1. Ejen boleh bertanya/mendapatkan ciri-ciri item khususnya ukuran saiz dan warna sebenar bagi mengelakkan masalah selepas pelanggan menerima item yang dibeli.
  2. Jumlah stok hanya berdasarkan maklumat yang tertera dalam laman Facebook/Blog Butik Surfina.
  3. Ejen perlu memastikan status stok sebenar sebelum pembeli melakukan transaksi.
TEMPAHAN DAN PENGESAHAN STOK
  1. Urusan tempahan dan pengesahan stok boleh dilakukan dengan cara berikut;

  • Emel : surfinacollection@yahoo.com
  • Inbox : FB (Butik Surfina) / Page (Surfina Collection)
  • sms/WhatsApp : 011-19989870
KOS POS DAN PENGHANTARAN
  1. Kos pos ditanggung oleh Butik Surfina hanya untuk Semenanjung Malaysia. 
  2. Tambahan kos pos ke Sarawak/Sabah/Labuan dikenakan mengikut kadar pos semasa.
  3. Butik Surfina akan menghantar pesanan pelanggan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ejen.
PENUKARAN ITEM
  1. Item yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali rosak (Butik Surfina sentiasa memastikan item dalam keadaan baik sebelum penghantaran).
  2. Jika berlaku juga penukaran, pembeli dan ejen akan menanggung kos pemulangan semula(dalam tempoh 7 hari). Butik Surfina akan menanggung kos penghantaran semula item yang baharu.
KEISTIMEWAAN EJEN
  1. Ejen yang berjaya membuat 15 kali belian pertama akan mendapatkan diskaun 10% untuk belian seterusnya. 
  2. Tambahan diskaun akan diberi berdasarkan kesungguhan dan pencapaian jumlah belian ejen atas budi bicara Butik Surfina. 
  3. Ejen akan mendapat harga istimewa bagi belian peribadi tidak melebihi 2 item.
KEAKTIFAN AGEN (Syarat ini turut dikenakan kepada ejen sedia ada)
  1. Ejen wajib membuat sekurang-kurangnya 3 kali belian setiap bulan
  2. Keahlian ejen akan dibatalkan sekiranya gagal mencapai tahap yang ditetapkan.
LAIN-LAIN
  1. Butik Surfina berhak menuntut pembayaran berdasarkan harga yang ditetapkan dalam laman Facebook/Blog Butik Surfina sebelum membuat penghantaran.
  2. Ejen berhak mengambil kadar keuntungan yang telah ditetapkan setelah ditolak harga yang ditetapkan dalam laman Facebook/Blog Butik Surfina.
  3. Butik Surfina berhak mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
SEKIRANYA ANDA BERSETUJU dengan terma dan syarat di atas, yuran pendaftaran ejen sebanyak RM50 dikenakan sekali sahaja bagi memastikan ejen yang serius dan berminat sahaja menyertai kami.

Butik Surfina amat mengalu-alukan anda yang berminat untuk menjadi ejen dropship kami. Sukacita dimohon untuk anda memberikan maklumat berikut;


SMS ke 011-19989870 atau e-melkan ke surfinacollection@yahoo.com maklumat berikut;


SAYA SETUJU DENGAN TERMA & SYARAT.
NAMA :
NO. IC :
NO. TEL :
ALAMAT :
NAMA/ALAMAT/URL - FB/BLOG/WEB/MY SPACE/dll :  
(apa sahaja medium online yang digunakan untuk tujuan promosi)


Anda akan mendapat ID ejen selepas pihak kami menerima maklumat yang lengkap dan pembayaran yuran ejen daripada anda.

ID yang diberi wajib digunakan semasa membuat tempahan belian pelanggan.

TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan